Tema utama:
Siri Aman dan Amin adalah untuk menerapkan dalam jiwa kanak-kanak tentang kebesaran dan keesaan Allah melalui ciptaan-Nya di hutan.
Apa yang akan menarik minat kanak-kanak:
Illustrasi yang dilengkapi warna menarik pasti akan membuat anak-anak berminat untuk membaca. Buku ini juga sesuai untuk dibaca bersama ibu bapa di samping boleh menggalakkan lagi anak-anak untuk fokus dalam mempelajari makna di sebalik buku ini.
Ciri-ciri menarik:
Buku ini mengandungi rujukan ayat-ayat al-Qur’an untuk menambah penghayatan cerita tentang kembara adik beradik Aman dan Amin. Pengajaran dalam buku ini bersifat tidak langsung iaitu melalui perbuatan dan percakapan Aman dan Amin yang dapat dicontohi oleh anak-anak. Di samping menceritakan mengenai keajaiban penciptaan makhluk yang mengadaptasi kehidupan rimba, terdapat manusia yang turut harmoni dengan alam.
Reviews
There are no reviews yet.