Tema utama:
Siri Aman dan Amin adalah untuk menerapkan dalam jiwa kanak-kanak tentang kebesaran dan keesaan Allah melalui ciptaan-Nya yang terdapat di padang pasir sewaktu dua beradik Aman dan Amin mengerjakan umrah.
Apa yang akan menarik minat kanak-kanak:
Illustrasi yang dilengkapi warna menarik pasti akan membuat anak-anak berminat untuk membaca. Buku ini juga sesuai untuk dibaca bersama ibu bapa di samping boleh menggalakkan lagi anak-anak untuk fokus dalam mempelajari makna di sebalik buku ini.
Ciri-ciri menarik:
Buku ini mengandungi rujukan ayat-ayat al-Qur’an untuk menambah penghayatan cerita tentang adik beradik Aman dan Amin. Pengajaran dalam buku ini bersifat tidak langsung iaitu melalui perbuatan dan percakapan Aman dan Amin yang dapat dicontohi oleh anak-anak. Di samping menceritakan mengenai keajaiban haiwan seperti unta dan dhob yang tinggal di padang pasir, buku ini turut menyelitkan huraian mengenai ibadah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan umrah.
Reviews
There are no reviews yet.